FAQs

Am

Paywatch ialah penyedia perkhidmatan kewangan untuk majikan dan bank-bank utama untuk memberikan pekerja akses serta-merta untuk gaji mereka. Jika pekerja telah bekerja walaupun untuk satu hari, sistem kami membenarkan mereka dibayar sehingga 50% daripada gaji mereka serta-merta, tidak perlu menunggu sehingga hari gaji tiba.
Syarikat yang berdaftar di Malaysia dan mempunyai nombor lesen perniagaan yang sah dan pekerja mereka yang telah mendaftar dengan Paywatch. Paywatch boleh diakses oleh rakyat Malaysia dan warga asing yang kini sedang bekerja dengan majikan berdaftar di Malaysia.
Ya, Paywatch boleh digunakan oleh rakyat Malaysia dan warga asing yang kini sedang bekerja di bawah majikan berdaftar di Malaysia.
Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa ialah gaji untuk kerja yang telah dilaksanakan (ini akan dinyatakan di aplikasi Paywatch). Setiap bulan, pengguna boleh mengeluarkan sehingga 50% daripada gaji bulanan mereka.
Paywatch bukan institusi peminjaman dan akses kepada gaji adalah melalui pembiayaan mikro dari rakan bank terus kepada pengguna.

Cara memulakan

Pekerja:
Muat turun aplikasi Paywatch dari app store, daftar akaun dengan butiran anda. Akaun anda perlu dihubungkan dengan majikan untuk mula mengumpulkan gaji anda. Jika majikan anda belum mendaftar dengan Paywatch, kongsikan butiran dengan kami di sini dan kami akan hubungi majikan anda.

Majikan:
Kongsikan butiran anda kepada kami di sini supaya kami boleh menghubungi anda, atau emel kami di bizsupport@paywatchglobal.com.
Tidak, akaun pekerja perlu dihubungkan dengan majikan untuk menggunakan Paywatch. Jika majikan anda belum mendaftar dengan Paywatch, kongsikan maklumat anda dengan kami di sini dan kami akan hubungi majikan anda.
Proses pengesahan pekerjaan adalah serta-merta selepas kami menerima semua maklumat berkaitan daripada majikan anda. Ia terpulang pada masa yang diperlukan oleh majikan untuk melengkapi maklumat yang diperlukan.
Android: telefon versi 5.0 dan ke atas
iOS: telefon versi iOS10 dan ke atas
Hanya SATU kad pengenalan SAH (MyKad/MyTentera/Pasport) untuk SATU akaun Paywatch sahaja.

Cara Menggunakan Paywatch

Paywatch adalah percuma untuk majikan. Para pekerja hanya perlu membayar yuran transaksi rendah bagi setiap pengeluaran. Tiada caj faedah akan dikenakan.
Tidak, jika mereka sedang menggunakan sistem kehadiran kerja syarikat, Paywatch akan menggunakan maklumat itu untuk mengira dan mengumpulkan pendapatan harian mereka. Walaubagaimanapun, majikan boleh menggunakan ciri daftar masuk dan keluar Paywatch untuk menguruskan kehadiran pekerja mereka.
Pengguna akan menerima pengeluaran dalam akaun bank yang mereka daftarkan dalam aplikasi Paywatch. Pengguna harus memastikan bahawa akaun itu milik mereka untuk menerima pengeluaran dan gaji bulanan.
Pengeluaran akan diproses dalam masa 2 hari bekerja.
Pengguna akan menerima gaji bulanan mereka pada tarikh yang sama seperti sekarang. Tiada pertukaran akan dibuat kepada kitaran gaji.
Pengguna boleh mengeluarkan gaji yang mereka peroleh dan dikumpulkan pada bila-bila masa (amaun ini akan dinyatakan dalam app Paywatch). Permintaan untuk pengeluaran akan diproses dalam masa 2 hari bekerja.